Bersih . Suci . Wangi
Bersih . Suci . Wangi
Tentang Do’zee
Dari tukang cuci pinggan ke pengeluar sabun Halal #1 Malaysia
Diasaskan oleh Datuk Mohd Syukri Ibhrim, Sabun Pencuci Pakaian Do’zee merupakan produk pencuci pakaian Muslim Bumiputera yang disahkan HALAL oleh JAKIM ~ dirumus khas untuk mencuci pakaian anda dengan sebersih-bersihnya di samping menjaga kelembutan pakaian dan juga menjaga warna pakaian.
Membesar dalam keadaan serba kekurangan, membuatkan beliau fokus mengejar ilmu perniagaan untuk membantu meringankan beban dua orang tuanya. Tamat tingkatan lima, Datuk Mohd Syukri meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menggali erti kehidupan. Tanpa memilih kerja, tawaran menjadi pencuci pinggan di sebuah kantin kilang diterima beliau dengan hati yang gembira.
Bermula dari situ, Datuk Mohd Syukri menanam azam untuk membuka kilang sabun sendiri. Berbekalkan pengalaman bekerja di kantin selama 10 tahun, pada tahun 2008 beliau membuka kantin sendiri. Hasil dari operasi kantin tersebut, Datuk Syukri mengorak langkah dengan membuka kilang sabun sendiri pada tahun 2015 di Puncak Alam.
Kini, Dozee merupakan antara jenama sabun pencuci Halal yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Dengan kerjasama stokis-stokis dan ejen-ejen di seluruh Malaysia, Dozee kini mampu merekodkan jualan lebih 500 ribu botol sebulan.