Pensijilan HALAL Produk-Produk Pencuci Dozee Oleh JAKIM
Alhamdulillah, produk-produk sabun keluaran Dozee mendapat pengiktirafan dan pensijilan Halal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Sebagai seorang Muslim khususnya, kewajipan menggunakan barangan halal lagi baik amat penting dalam kehidupan kita seharian.
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W yang menjelaskan perihal kewajiban mencari yang Halal:
Maksudnya: ” Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatannya dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan masuk ia ke dalam perkara yang haram laksana seorang pengembala dipinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja ada sebuah kawasan larangan dan tempat larang Allah itu adalah segala yang diharamkan. Ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.”